Death metal itu sejenis subgenre bagi
musik heavy metal
yang berkembang pada
Thrash Metal semasa awal
1980-an.
Ciri-ciri yang biasa dikenali termasuk janjang ritmik serta berkroma dan
naratif atau struktur lagu "bercerita" (
Nick Shirley)
yang tidak mempunyai kitaran rangkap korus tetapi cuma mempunyai perkembangan
tema dan motif.
Kalo dari segi estetik, dia biasanya dikenal pasti dengan irama
gitar
yang hebat, bunyi tukulan yang cepat dan kehebatan yang dinamik.
"Blast beat"
sering digunakan untuk bertambah keganasan muzik.
Lazimnya, vokal muzik ini merupakan bunyi mengagah yang dinamakan "
growl",
"
death growl", ataupun "
death grunt". Bunyi
bernyanyi ini pakai
kerongkong.
Perbuatan ini berbeda pada teknik bernanyi tradisional yang tidak menggunakan
perbuatan ini.
Wartawan muzik, Chad Bowar, memerhatikan bahawa gaya ini kekadangnya
dinamakan "vokal
Cookie
monster" krna vokal ini hampir sama dengan "pekikan
yang tidak bisa difahami". Mereka yang tidak biasa dengan genre ini
kekadang keliru antaranya dengan "
Deathrock"
Perkara death metal biasanya melibatkan tema yang lebih nihilistik
berbanding genre yang lain dan menggunakan
metafora
yang mengerikan dan "jahat" untuk menggambarkan konsep yang lebih
besar. Tumpuannya kepada kematian serta sifat musik ini yang keterlaluan
mungkin menyebabkan penamaan genre ini sebagai "death" metal.
permainan gitar dan
dram rancak dan rumit, walaupun ia tidak
selalu semacam ini. Panca ragam genre ini sering menggunakan gitar dan gitar
bes yang ditala turun dan diherot-benyot serta set dram yang hampir sejagatnya
mengandungi dua buah dram bes. Walaupun ini merupakan set yang piawai,
pancaragam muzik genre ini pernah menggabungkan
alat muzik yang lain seperti
keyboard.
Death metal amat meletihkan pemain muzik, khususnya dalam bentuk yang lebih
"teknikal".